Tuesday 9 August 2011

Pertandingan Tarian Terbuka SMK Lundu 2011


KAU TEK KACAK MENARI??!! ( GAYA INTONASI KAK LEHOT)...hehe... Fenomena Kak Lehot dah menjangkiti semua orang pada masa ini. Suara Kak Lehot sekarang ada di mana-mana. Tidak heranlah dia menjadi popular sekarang. Saya sendiri mendownload setiap episod Zon Inggar dan mendengarnya di kereta. Hilang tensen memandu. Heran juga orang dalam kereta sebelah melihat saya ketawa sorang-sorang.  Tak kisahlah, janji ianya menghiburkan.


Pada 16 Julai 2011 yang lepas SMK Lundu buat julung kalinya telah mengadakan PERTANDINGAN TARIAN TERBUKA di Dewan Sri Gading SMK Lundu. Pertandingan ini telah mendapat 11 penyertaan yang terdiri daripada pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bawah. Kumpulan yang mengambil bahagian adalah CRAZYBLUE, THE BEST OF THE GIRLS, SERI KENYALANG, FOR ONE OW (4.1.0), GD CRAMBLE, HSK&HARD STLYE KING, ON THE FLOORZ, SORRY FOR PARTY ROCKING, THE GAN ROCK BOY’Z AND GIRL’S, ADG HOT CREW, HOT SOUND SYSTEM CONNECTION (HSSC) DAN FREE TIME. Kumpulan-kumpulan ini telah mempamerkan persembahan tarian yang menarik seperti tarian ngajat, shuffle, K-POP, kreatif, Poco-poco dan banyak lagi. Saya sendiri berasa tertawan dengan persembahan mereka. Ada di antara mereka yang menyertai pertandingan ini merupakan bekas anak murid saya sewaktu saya menjadi guru sandaran di sekolah ini. Tak sangka mereka mempunyai bakat menari. Apapun, tahniah kepada pasukan yang menang dan semoga pertandingan sebegini akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

Gambar di bawah ini merupakan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian.











JUARA!!!

AKSI MEREKA DI ATAS PENTAS!!