Thursday 23 October 2014

Dancing Flames


Pada 16 dan 17 Oktober yang lepas, SK Pelaman Sidunuk telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Salah satu pengisian yang dijalankan adalah upacara unggun api. Di atas adalah gambar unggun api yang bagi saya sangat cantik. Api tersebut seolah-olah sedang menari mengiringi nyanyian lagu para ahli pengakap sekolah.

Tuesday 9 August 2011

Pertandingan Tarian Terbuka SMK Lundu 2011


KAU TEK KACAK MENARI??!! ( GAYA INTONASI KAK LEHOT)...hehe... Fenomena Kak Lehot dah menjangkiti semua orang pada masa ini. Suara Kak Lehot sekarang ada di mana-mana. Tidak heranlah dia menjadi popular sekarang. Saya sendiri mendownload setiap episod Zon Inggar dan mendengarnya di kereta. Hilang tensen memandu. Heran juga orang dalam kereta sebelah melihat saya ketawa sorang-sorang.  Tak kisahlah, janji ianya menghiburkan.


Pada 16 Julai 2011 yang lepas SMK Lundu buat julung kalinya telah mengadakan PERTANDINGAN TARIAN TERBUKA di Dewan Sri Gading SMK Lundu. Pertandingan ini telah mendapat 11 penyertaan yang terdiri daripada pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bawah. Kumpulan yang mengambil bahagian adalah CRAZYBLUE, THE BEST OF THE GIRLS, SERI KENYALANG, FOR ONE OW (4.1.0), GD CRAMBLE, HSK&HARD STLYE KING, ON THE FLOORZ, SORRY FOR PARTY ROCKING, THE GAN ROCK BOY’Z AND GIRL’S, ADG HOT CREW, HOT SOUND SYSTEM CONNECTION (HSSC) DAN FREE TIME. Kumpulan-kumpulan ini telah mempamerkan persembahan tarian yang menarik seperti tarian ngajat, shuffle, K-POP, kreatif, Poco-poco dan banyak lagi. Saya sendiri berasa tertawan dengan persembahan mereka. Ada di antara mereka yang menyertai pertandingan ini merupakan bekas anak murid saya sewaktu saya menjadi guru sandaran di sekolah ini. Tak sangka mereka mempunyai bakat menari. Apapun, tahniah kepada pasukan yang menang dan semoga pertandingan sebegini akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

Gambar di bawah ini merupakan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian.











JUARA!!!

AKSI MEREKA DI ATAS PENTAS!!
















Tuesday 12 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan SK Pelaman Sidunuk

Pada 1 Julai 2011 yang lepas seluruh warga sekolah SK Pelaman Sidunuk telah mengadakan program Larian 1 Murid 1 Sukan. Program ini telah dijalankan serentak di semua institusi yang terlibat seperti sekolah dan IPG. Larian ini dijalankan untuk memperkasakan budaya sukan di sekolah. Selain itu, larian ini juga diharap akan menempa nama dalam Malaysian Book Of Record atas pencapaian penyertaan  paling banyak dalam satu larian. Saya berkesempatan untuk merakam gambar sepanjang aktiviti berkenaan berlangsung.

Acara dimulakan dengan sesi senaman dan taklimat daripada guru besar dan penyelaras program

 Seterusnya peserta berjalan ke garisan permulaan di jalan utama kampung

Yang Dipertua PIBG bersedia untuk melepaskan larian
Semua orang sudah tidak sabar untuk berlari
Berlari dengan hati yang senang

Larian sejauh 1.5 km
Terpaksa berlari menaiki bukit
Murid Pra Sekolah dan Tahun 1 hanya berlari separuh jalan
Kesian Adrian... tak larat lagi nak berlari
Perhentian murid Pra sekolah dan Murid Tahun 1
Sampai separuh perjalanan...ambil nafas
Pucat muka 0086
Berlari balik semula ke sekolah. Melintasi rumah panjang Kampung Dunuk yang permai
Sudah habis larian... Huh penat
Masa untuk makan.. Yum yum!

Malu- malu pula

Berselera sekali murid ini makan mee hun goreng

Monday 4 July 2011

My First Post!

Wallawei, my first post! clap! clap! clap! Hehe...

Never in mind I would create a blog. Simply because I don't really like writing. I've got no story to tell neither things to say. I'm pretty much a person who kept thing for himself. Even if there's any wow wow boom things happened I'm just... nah ok..fine...whatever. My life kinda boring. Things seems to recycle over and over again (I think my blog will be pretty much lack of post  and covered with spider web soon) I Often reads blogs and known few bloggers. They in their own world telling about their life, interest, hobbies, politics n some just happy to say that they had a good lunch! It's good to read them. Makes me

Im Really interested in photography. I love shooting all kind of stuff. I appreciate art in photos. So you probably you often see my photo collections. I'm not a pro nor good at it but I do appreciate motionless scenes and my passion and hope to share it with you guys... :)

I will write my blog in Bahasa Malaysia and English Language. Maybe make them rojak. Feel free to follow and until the next post, have a pleasant day :)

Chabien